aku. siapa aku? adakah aku mengenali aku? jika ya,manakah keakuan nya?
baca soalan kat atas tu,rase pening kan? meh saye translate ke bahse yg lebih mudah...dan mungkin dgn sdikit 'leteran',mksud sy huraian...boleh membuatkan minda2 anda mampu memahami bahse 'bajet-sastera' sy nih.hihihihi.!
cinta. apa itu cinta? adakah aku mengenali cinta? jika ya,manakah kecintaan nya?
cinta dan kecintaan adalah dua perkara yg sgt sgt sgt dan very berbeza ;p pd yg mampu fhm perbezaan nya,syabas...anda mmg bijak laksana. pd yg kurg fhm,dont worry,kita bkn nya god yg Maha Memahami kan? meh sy tlg bezakan...
manis dgn kemanisan.
iman dgn keimanan.
cantik dgn kecantikan.
manis adalah manis...suatu perkara yg ABSOLUTE. contohnya, manis dan masin,beza tak? kalau sy ckp..."gula tu sedikit masin"...adakah boleh diterima? jwpn nya tidak...manis gula itu absolute. ia tidak ada sebarang keraguan dan tdk perlu/boleh di-argue lagi. (bahsa ku bagai tomyam campur,maaf pd yg tersakit hati)
dan kemanisan pula adalah suatu perkara yg menunjukkan reaksi/sifat manis itu sendiri. apabila terasa manis,maka ada sedikit kengiluan di pipi,itu contoh kemanisan. sesuatu yg seni untuk diluahkan...tetapi memiliki variasi yg pelbagai mengikut tukang rasa individually.
seterusnya,iman dgn keimanan :)
begitu ramai ber-keimanan tetapi tidak memiliki iman. sepertimana,ramai muda remaja seusia anak kacang hijau yg baru tumbuh tunasnya,rata-rata ber-kecintaan tetapi tidak memiliki cinta.
ramai anak gadis memiliki kecantikan tetapi tidak memiliki cantik itu sendiri. lalu,kecantikan nya nampak kusam dan pucat,walau dikalung rantai berlian dan dihiasi sutera halus nan menawan.
END of leteran...
berbalik pd soalan pertama tadi. siapa AKU? secara umum nya,'aku' merujuk hanya kepada manusia.
adakah kita mengenal siapa kita?
adakah percakapan kita ini kita? maka.....jika itu anggapan anda,jika anda mencarut,maka anda adalah carutan dan bkn nya manusia. org yg beranggapan dia adlh percakapan nya akan cenderung untuk menjadi sgt sensitive dgn tutur bicara nya dan tutur bicara org lain,sbb bg dirinya...his/her soul is in his/her words. jeng jeng jeng.!
adakah perangai kita ini kita? maka.....jika anda kerap marah,maka anda adalah marah dan bkn nya manusia. jika anda kerap ketawa,maka anda adalah tawa dan bkn nya manusia.
jadi,siapa aku?
dimana aku? di kaki? di kepala? di minda? di ingatan? di dalam hati? di bawah hati? di luar badan?
hahaha~ awak awak fikirlah sendiri :p
***semua ulasan dan leteran di atas adalah hasil kegilaan ku semata-mata,tidak boleh dijadikan rujukan. hanya boleh dijadikan jajan(keropok) minda. hehehehe >.< bye. assalamualaikum.